SIXTYNINEZ GROUP DISCUSSION
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Sixtyninez Group is an Organization created to represent every individual whom willing to be part of its influence and knowledge base culture.
 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 18 Kesilapan Yang Biasa Dilakukan Oleh Para Usahawan

Go down 
AuthorMessage
asffan




Posts : 3
Join date : 2009-12-15
Location : Setapak

18 Kesilapan Yang Biasa Dilakukan Oleh Para Usahawan Empty
PostSubject: 18 Kesilapan Yang Biasa Dilakukan Oleh Para Usahawan   18 Kesilapan Yang Biasa Dilakukan Oleh Para Usahawan I_icon_minitimeTue Dec 15, 2009 1:13 am

Selama 2 tahun saya melakukan perniagaan secara sambilan ini, berikut adalah di antara beberapa kesilapan yang pernah saya lakukan sendiri. Mungkin ia bermanfaat untuk diketahui oleh anda semua. Saya akui… Teramat sukar untuk mencapai satu tahap yang memuaskan atau dikatakan sebagai sempurna. Namun, yang penting adalah ada usaha ke arah ‘kesempurnaan’ tersebut. Teruskan usaha tanpa ada rasa putus asa untuk terus ‘berjuang’. Jika terbuat juga kesilapan-kesilapan di bawah, usah gusar kerana kita tetap terus belajar dan terus cuba melakukan yang terbaik. Yang penting adalah usaha yang berterusan.


1. Tidak mengenalpasti dan jelas bidang utama. Akhirnya melakukan semua model bisnes tanpa sebarang kejayaan.
 
2. Semua kerja dilakukan sendiri tanpa mahu ‘delegate’ (upah, outsource, guna khidmat orang lain).
 
3. Menangguhkan kerja.
 
4. Tidak meluangkan masa untuk membaca buku.
 
5. Melakukan kerja separuh jalan (melompat dari satu idea kepada idea yang lain).
 
6. Tidak memperbanyakkan sumber pendapatan. Amat bahaya jika bergantung kepada satu sumber sahaja. Namun pada peringkat permulaan, mulakan dengan satu dahulu.
 
7. Tiada matlamat, tujuan, visi dan misi perniagaan yang jelas.
 
8. Tidak mengikut perancangan yang telah dilakukan, sebaliknya terus menerus melakukan kerja tanpa disiplin.
 
9. Mudah mengambil peluang yang tidak penting untuk perniagaan.
 
10. Terlalu banyak merancang, tetapi tidak bertindak atau melaksanakan perancangan tersebut.
 
11. Banyak duit keluar berbanding duit masuk. Tanpa dana (wang), bisnes sukar untuk bergerak ke hadapan.
 
12. Berbelanja kepada perkara yang tidak penting untuk bisnes.
 
13. Terlalu banyak ’sesi lepak’ bersama para usahawan untuk borak-borak kosong. Melainkan jika bisnes sudah berjalan automatik atau separa automatik, dan sudah menghasilkan pendapatan, tidak salah untuk melakukan kerja secara ’santai’. Tetapi jangan berlebih-lebihan kerana kita tetap perlu ‘bekerja kuat’.
 
14. Terlalu fokus kepada masalah berbanding memikirkan penyelesaian. Jika sesuatu usaha tidak berhasil, fikirkan apakah penyelesaian yang boleh dilakukan.
 
15. Tidak menguasai kemahiran berkata “TIDAK” kepada permintaan atau peluang yang tidak penting untuk bisnes.
 
16. Menambah-nambah maklumat sehingga mengalami limpahan maklumat yang terlampau. Ini menyebabkan usaha atau tindakan akan terbantut.
 
17. Banyak menghabiskan masa kepada perkara-perkara yang kurang produktif walaupun kerja-kerja yang lebih penting belum siap.
 
18. Mudah lemah semangat apabila melihat kejayaan orang lain yang lebih hebat. Itu adalah rezeki mereka dan kita perlulah berusaha untuk membina kejayaan kita sendiri…
 
Semoga bermanfaat dengan tip-tip di atas, dan teruskan usaha untuk mencapai tahap yang lebih baik daripada hari-hari semalam. Jangan tinggalkan bisnes yang telah anda ceburi ini...anda perlu bersabar, berusaha dan belajar memperbaiki kesilapan sebelum ini untuk lebih berjaya lagi...Belajarlah dari leader2 yang telah berjaya...
Back to top Go down
 
18 Kesilapan Yang Biasa Dilakukan Oleh Para Usahawan
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» kaedah promosi yang berkesan???

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIXTYNINEZ GROUP DISCUSSION :: Your first category :: Your first forum-
Jump to: